(Video) “Walaupun mereka kekurangan, mereka tidak pernah melupakan untuk solat Jumaat di masjid,”. Jalan Berbaris Ke Masjid, Tindakan Insan Ini Bantu Empat Lelaki But4 Melintas Jalan Tuai Pujian Ramai

  • Bagikan
buta


(Video) “Walaupun mereka kekurangan, mereka tidak pernah melupakan untuk solat Jumaat di masjid,”. Jalan Berbaris Ke Masjid, Tindakan Insan Ini Bantu Empat Lelaki But4 Melintas Jalan Tuai Pujian Ramai

Satu video yang memaparkan 4 orang lelaki c4cat penglihatan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat menjadi tular di media sosial. Beberapa jemaah kelihatan menolong mereka ketika mereka berjalan berdampingan di tepi jalan untuk sampai ke masjid dengan selamat.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @opetta, empat lelaki buta itu berjalan dalam satu barisan dengan tangan mereka memegang bahu rakan di hadapan mereka. Lelaki yang paling hadapan sekali kelihatan membawa tongkat sebagai panduan untuk mencari jalan yang akan mereka lalui.

Beberapa jemaah yang juga hendak berangkat ke masjid tampak menolong 4 orang buta tersebut. Salah seorang pemuda dilihat menolong orang buta itu sementara yang lain mengawal lalu lintas sehingga orang buta itu berjaya menyeberangi jalan tersebut dengan selamat.

“Walaupun mereka kekurangan, mereka tidak pernah melupakan untuk solat Jumaat di masjid,” tulis pemilik akaun tersebut. “Mereka selalu berjalan beriringan seperti ini, saling melengkapi antara satu sama lain tiap kali ke masjid,” sambungnya.🥲 (@opetta) TikTok | Tonton Video TikTok Terbaru 🥲

“Terima kasih orang baik yang selalu menolong mereka untuk sampai ke masjid,” tulisnya lagi. Melihat video tersebut, warganet kemudiannya menulis pelbagai komen. Sebilangan besar daripada mereka menyatakan bahawa mereka sangat tersentuh melihat empat orang buta yang sangat bersemangat dalam beribadah itu.

“Aaaaa terharu, terima kasih orang baik kerana menolong mereka,” tulis seorang warganet. “Ya Allah saya menangis,” tulis warganet yang lain. Melihat video seprti ini terasa tenang, pemandangan yang sungguh indah, calon penghuni syurga, amin,” tulis yang lain. “Semoga kita semua lebih bersyukur sebagai peringatan untuk diri kita sendiri,” ujar seorang warganet.

Baca Juga  Lagi, Ridho Rhoma Ditangkap Terkait Narkoba

Sumber: siakapkeli

Apa kata anda? Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih





Source link

  • Bagikan