[VIDEO] Tindakan Pemuda Ini Dipuji Warganet, Sanggup Redah Hujan Lebat Alihkan Dahan Pokok

  • Bagikan
hujan


[VIDEO] Tindakan Pemuda Ini Dipuji Warganet, Sanggup Redah Hujan Lebat Alihkan Dahan Pokok

BAYANGKAN ketika hujan yang lebat, tiba-tiba beberapa dahan dan daun pokok yang besar jatuh menyembah bumi di satu jalan raya yang sibuk dengan lalu-lalang kenderaan. Akibatnya, dua daripada tiga lorong jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh kenderaan. Jika korang sedang berada dalam situasi itu, sanggupkah untuk turun dari kereta dalam keadaan hujan lebat bagi mengalihkan dahan jatuh berkenaan?

Namun begitu, itulah yang dilakukan seorang pemuda ini. Kelihatan seakan tidak peduli dengan keadaan hujan lebat dan guruh, beliau turun dari kereta dan membantu untuk mengalihkan dahan pokok tersebut. Tak kecoh pun nak tunggu pihak berkenaan untuk mengalihkan dahan pokok yang tumbang dari rizab pembahagi jalan itu.

Tindakan yang sangat proaktif itu secara tidak langsung membantu pengguna jalan raya yang lain. Itulah yang menyentuh hati netizen yang menonton rakaman video pemuda itu. Inisiatif pemuda dipercayai berbangsa India itu mendapat pujian ramai warganet. Tular sejak beberapa hari lalu hingga ke hari ini, ramai yang berharap lebih ramai lagi yang bersikap bertanggungjawab dan prihatin sepertinya.



Source link

Baca Juga  Warga Papua Tiba-tiba Murka ke Elon Musk, Ada Apa nih?
  • Bagikan