(Video) Bakti Dihujung Perkhidmatan. Sarjan Nekad Meredah Ap! Demi Menyelamatkan M4ngsa Keb4karan Diberi Penghargaan

  • Bagikan
API


(Video) Bakti Dihujung Perkhidmatan. Sarjan Nekad Meredah Ap! Demi Menyelamatkan M4ngsa Keb4karan Diberi Penghargaan

REMBAU: Kesanggupan seorang anggota polis bertindak nekad meredah ap! demi menyelamatkan m4ngsa keb4karan di Kampung Seberang Batu Hampar, di sini, 4 Mac lalu, mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Sarjan Mat Shah Kassim, 57, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, menerima surat penghargaan daripada Hamzah melalui Pegawai Tugas-Tugas Khas beliau, Datuk Seri Zulkifli Noordin, hari ini.

Sambil menzahirkan perasaan terharu, Mat Shah yang sudah berkhidmat selama 39 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyifatkan tindakannya itu sebagai suatu tanggungjawab kepada masyarakat yang memerlukan bantuan ketika kec3masan. Malah, beliau kongsikan pengalaman tiga kejadian yang cukup memberi kesan dan tidak mungkin dilupakannya sepanjang tempoh berkhidmat di IPD Rembau sejak 2010.

Ibu mentua selamat, kucing kesayangan r3ntung dalam keb4karan

“Kejadian pertama ialah kem4langan membabitkan seorang pemandu r3ntung selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terb4kar dan saya mengangkat m4yat m4ngsa yang r3ntung. Insiden kedua pula membabitkan kes dua warga asing yang melakukan r0mpakan di sebuah rumah, dit3mbak m4ti dan saya mengangkat m4yat terbabit.

“Bagaimanapun, kejadian keb4karan ini paling menyentuh perasaan saya apabila melihat seorang ibu ingin menyelamatkan anaknya walaupun beliau sendiri berada dalam keadaan b4haya. Dari situlah, saya mendapat kekuatan untuk bertindak walaupun berdepan situasi sukar dan berb4haya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima surat penghargaan disampaikan Zulkifli yang mewakili Hamzah, di Bilik Gerakan IPD Rembau, di sini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman. Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang 4 Mac lalu, Maimunah Mohd Shah, 81, cuba menyelamatkan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal berumur 46 tahun dari rumah mereka yang sedang terb4kar.

Baca Juga  Tanda Dunia Akhir Zaman, Masjid Al Ahmar Dijadikan Kelab Malam

Sarjan selamatkan mangsa kebakaran diberi penghargaan

Menceritakan lanjut, Mat Shah berkata, insiden berlaku ketika beliau baru selesai melaksanakan penugasan dan dalam perjalanan pulang apabila ternampak ap! m4rak di bahagian depan kediaman itu. Ketika itu, beliau berkata, seorang wanita warga emas dilihat meluru memasuki rumah terbabit untuk menyelamatkan anak lelakinya yang OKU.

“Ketika itu, pasukan bomba belum tiba dan saya menjerit kepada warga emas terbabit supaya jangan masuk tetapi beliau masuk juga kerana anaknya masih berada di dalam rumah itu. Justeru tanpa berfikir panjang, saya terus masuk dan menyelamatkan m4ngsa. Alhamdulillah, meskipun keadaan ketika itu agak berb4haya, Allah SWT melindungi saya,” katanya yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka.

Mat Shah yang bakal bersara pada November depan berkata, beliau bertindak atas dasar ikhlas serta hanya mahu menyelamatkan kedua-dua m4ngsa ketika itu. Sementara itu, Zulkifli pula menyifatkan tindakan Mat Shah sebagai membanggakan dan membuktikan bahawa anggota PDRM sanggup berkorban demi menyelamatkan orang lain.

Sumber: beritaharian

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link

  • Bagikan