Tersenyum Lebar… Selepas 28 Tahun, Bekas Atlet Bola Tampar Wanita Indonesia Disahkan Lelaki

  • Bagikan
leleki


Tersenyum Lebar… Selepas 28 Tahun, Bekas Atlet Bola Tampar Wanita Indonesia Disahkan Lelaki

Perkataan atau terma peny4kit hip0spadia atau kr!sis kelainan alat kel4min mungkin kedengaran sedikit janggal dalam kalangan masyarakat kita. Bagi yang belum tahu, ia merupakan kr!sis kekeliruan dalam menentukan alat kel4min seseorang sama ada ia untuk perempuan atau lelaki. Jantina pula ditentukan bersandarkan ciri fizikal.

Kr!sis hipospadia ini turut berlaku kepada seorang bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang, 28 tahun, yang sebelum ini dikatakan sebagai seorang perempuan namun lama-kelamaan keadaan fizikalnya menunjukkan perubahan dan cenderung menjadi lelaki.

BeFunky-collage (20)

Menerusi halaman Kompas, Aprilia sejak lahir sudah disahkan menghidapi peny4kit ini. Namun disebabkan mas4lah kewangan keluarga, dia tidak mampu melakukan pemeriksaan selanjutnya tambahan pula pada ketika itu masih belum ada peralatan perubatan yang canggih. Berdasarkan pandangan mata kasar pada ciri fizikal Aprilia, doktor mengesahkan bahawa dia adalah perempuan dan jantina itu kekal tercatat dalam butiran sijil kelahirannya serta kad pengenalannya.

Difahamkan, Aprilia berkhidmat sebagai angkatan T3ntera Nasional Indonesia (TNI) bagi pasukan Korps Wanita Angkatan Darat (KOWAD). Pada masa yang sama, beliau juga kerap kali dipanggil untuk mewakili pasukan bola tampar wanita Indonesia. Untuk rekod, beliau pernah menjulang pingat emas untuk Indonesia pada temasya Sukan SEA 2013 dan 2015. Pada Sukan SEA 2019 lalu, beliau telah mengalami kec3deraan t3ruk pada lutut dan ini memaksa beliau bersara lalu fokus kepada t3ntera.

“Saya memang seorang perempuan namun berdandan bukanlah satu hal yang saya minat seperti perempuan lain. Nama Aprilia itu sudah sebati dengan watak perempuan tomboi namun sejak sertai tentera, setiap tentera wanita diwajibkan untuk bersolek terutama bagi acara majlis rasmi. Sememangnya tidak rela dan paling melucukan apabila saya melihat gambar saya dengan wajah yang kaku tetapi ada sentuhan solekan,” cerita Aprilia kepada media Juara.net pada tahun 2017 lalu.

Namun selepas bertahun-tahun menjadi tentera wanita, pihak atasan TNI, Jeneral Andika Perkasa mulai perasaan berlaku perubahan yang tidak kena pada fizikal Aprilia. Lantaran itu, fizikal Aprilia diperiksa pada 3 Februari lalu dan keputusan perubatan mengesahkan bahawa Aprilia cenderung untuk menjadi seorang lelaki.

Baca Juga  Hukum Jual Beli Gambar Serta Patung Makhluk Bernyawa

BeFunky-collage (22)

Lantaran itu, Jeneral Andika mengambil keputusan dan menyuruh Aprilia menjalani pemb3dahan pembetulan jantina. Selepas 28 tahun berjuang sebagai perempuan akhirnya dia disahkan sebagai seorang lelaki. Kini difahamkan Aprilia sedang menjalani pemb3dahan peringkat pertama sebelum dia berubah menjadi lelaki yang sebenar.

Perasaan gembira itu tidak terkata dan Aprilia menzahirkan rasa syukur setelah mengetahui jantinanya yang sebenar. Kisah Aprilia ini tular setelah beliau secara terbukanya menghebahkan menerusi satu sidang media khas secara maya yang berlangsung dari Hospital Tentera Gatot Subrato, lapor halaman Kompas.

Sumber:thevocket

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link

  • Bagikan