‘Suami saya, hak saya’ – Netizen bengang isteri buat video TikTok ‘back-up’ Shuk Sahar

  • Bagikan
99420194 252144872722425 7144799441410463043 n 819x1024 1

Hiburan –

Beberapa minggu lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah pelawak Shuk yang dikatakan kembali curang dengan wanita bernama Fara Salleh.

Malah perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah ataupun lebih dikenali sebagai Sera.

Disebabkan berang dengan sikap lelaki itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Sera mendedahkan hal tersebut dan terus meninggalkan kata-kata semangat supaya dia tabah menghadapi ujian ini.

99420194 252144872722425 7144799441410463043 n 819x1024 1

Tak lama kemudian, pelawak itu berjanji akan berubah dan terus setia menjaga isteri dan anak-anaknya. Bahkan pasangan itu kelihatan sudah berbaik semula selain turut mempromosikan produk milik Rossalennah baru-baru ini.

Pun begitu, tindakan Sera memuat naik sebuah video pendek di aplikasi TikTok kelmarin ternyata membuatkan netizen geram. Eh dah kenapa? Walaupun netizen bertungkus-lumus memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu sebelum ini tetapi nampaknya dia lebih memenangkan suaminya.

shk

Daripada video tersebut, dia sepertinya menempelak sebilangan komen yang mengkritik dirinya mempertahankan suaminya. Sera mengatakan bahawa ‘Beranak bukan percuma’, ‘Duit suami aku bukan suami kau’ dan ‘Suami saya hak saya sis’.

Nampak seperti mahu bergurau mengenai situasi tersebut namun para netizen jelas tidak senang dengan video yang dirakam tersebut. Bagi mereka, wanita itu sepertinya lupa bahawa dia adalah orang pertama yang membongkarkan hal kecurangan Shuk untuk tatapan khalayak ramai.

shk6

shk4

shk3

shk2

shk1

shk7

Rata-rata netizen sepertinya ‘fed-up’ dengan drama yang menyelubungi pasangan ini dan berharap agar mereka dapat menyelesaikannya secara peribadi selepas ini tanpa menghebahkannya untuk pengetahuan umum.



Source link

Baca Juga  #fyp #foryoupage #tiktokdogs #dog #sleepingbeauty #socute...
  • Bagikan