‘SOP dua darjat ke?’ – Netizen persoal majlis tunang Elisya Sandha waktu PKP

  • Bagikan
elisyasandhaofficial 1181177983045692974295723898410504764236610n

Hiburan –

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pelakon Elisya Sandha yang baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan anak sulung penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada Ahad lalu.

Akhirnya, terjawab juga teka-teki yang bermain dalam fikiran netizen selama ini mengenai hubungan antara adik pelakon Fasha Sandha itu dengan anak teruna Sheila.

elisyasandhaofficial 1181177983045692974295723898410504764236610n

Bagaimanapun, dalam kegembiraan selepas menerima perkhabaran tersebut, kini timbul pula isu lain apabila seorang netizen mempersoalkan majlis pertunangan mereka yang diadakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Majlis tunang waktu PKP, boleh ke?

Screenshot 2021 02 02 at 2.11.37 PM

Menerusi tweet seorang individu bernama Anis Ashaari, dia hairan macam mana mereka boleh mengadakan majlis pertunangan dihadiri keluarga masing-masing sedangkan sudah dinyatakan dalam SOP yang sebarang majlis keramaian tidak dibenarkan dalam tempoh ini.

sop e1612247743199

Netizen  membanjiri posting berkenaan dengan komen-komen tidak berpuas hati terhadap perkara tersebut, tambahan lagi ramai yang terpaksa menunda tarikh istimewa mereka disebabkan PKP.

Bahkan, ada yang sempat berseloroh menyatakan SOP dibuat untuk rakyat marhaen sahaja bukan untuk VVIP dan geng kayangan.

Antara dua darjat?

Screenshot 2021 02 02 at 3.44.47 PM

Kita punya la tangguh

Screenshot 2021 02 02 at 3.45.19 PM

SOP untuk rakyat marhaen je ke?

Screenshot 2021 02 02 at 2.32.57 PM

Kebal undang-undang kot

Screenshot 2021 02 02 at 2.31.23 PM

Selagi ada wang, di situ ada jalan

Screenshot 2021 02 02 at 2.32.35 PM

Bukan golongan artis sahaja

Sementara itu, ada juga netizen yang meluahkan bahawa sebenarnya ramai juga ‘orang biasa’ yang melangsungkan majlis keraian sebegitu, bukan golongan artis sahaja.

Screenshot 2021 02 02 at 2.51.42 PM

elisyasandhaofficial 1448792874265081921031188695457026572018327n e1612248889712

Elisya Sandha merupakan seorang pelakon, model, penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beberapa hari lepas, dia baru sahaja melangsungkan pertunangan bersama anak teruna Sheila Rusly, Uzair Haqimy Azman pada tanggal 30 Januari 2021.

Baca Juga  Skandal Korupsi Terbesar RI, Ini Dia Dosa 9 Tersangka Asabri

Hmm. Kita bersangka baik sahaja, ya? Doakan semoga jodoh mereka berpanjangan dan selamat diijabkabulkan kelak!

Sumber: Twitter @AnisAshaari



Source link

  • Bagikan