Shuk lengkap berbaju pengantin, minta izin nak kahwin di ‘live’ IG dengan isteri?

  • Bagikan
147662631 772938253630200 5586677279934026150 n

Hiburan –

Pengacara dan juga pelawak kontroversi, Shuk Sahar membuat kejutan dengan muncul secara langsung bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah di Instagram, sebentar tadi.

Shuk yang ketika itu lengkap berpakaian pengantin telah meminta izin kepada isterinya untuk berkahwin.

Suasana tiba-tiba menjadi panik dan masing-masing yang berada bersama Sera seakan terkejut dengan permintaan pelawak tersebut.

Video rakaman perbualan Shuk dan isterinya itu kemudian dikongsikan semula di Instagram KariPop.

Dalam video tersebut, Shuk menjelaskan tujuan dia berpakaian pengantin adalah untuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya.

Mereka sebenarnya sedang mengadakan gimik untuk produk yang ingin dipromosikan kepada para peminat yang menonton live IG mereka.

147662631 772938253630200 5586677279934026150 n

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada pasangan suami isteri itu sama ada tindakan mereka melakukan gimik tersebut mempunyai hubungan dengan masalah rumah tangga mereka sebelum ini.

Semoga rumah tangga Shuk dan isteri kembali jernih dan masing-masing dapat melayari kebahagian bersama hingga ke jannah.





Source link

Baca Juga  10/10 on that landing tho #fyp #foryoupage #tiktokdogs...
  • Bagikan