“Saya Ada Cara Sendiri Belajar Ilmu Agama, Tapi Bukan Sertai Tabligh”-Awie

  • Bagikan
awi


“Saya Ada Cara Sendiri Belajar Ilmu Agama, Tapi Bukan Sertai Tabligh”-Awie

Sejak kebelakangan ini, ramai juga artis tempatan yang dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh dalam usaha mencari ilmu agama dan mendekatkan diri dengan ajaran Islam. Tidak ketinggalan untuk diajukan soalan yang sama, penyanyi Datuk Awie,53, berkata dia juga sedar akan perubahan beberapa rakan artis yang mula berhijrah dan mengikuti kumpulan tabligh.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menjelaskan bahawa jalan hidup seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sesiapa selain individu itu sendiri. Namun begitu, bagi penyanyi lagu Iris ini, dia tidak memilih untuk menyertai tabligh namun tidak berniat untuk memperl3kehkan usaha individu yang mula berhijrah dengan menyertai kumpulan tersebut.

“Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikut tabligh) sampai 44 hari siapa nak bagi anak isteri saya makan. Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah,” katanya. Awie dalam pada itu berpendapat bahawa seseorang tidak semestinya duduk dalam sesuatu pertubuhan hanya kerana ingin mempelajari ilmu Allah namun memilih untuk mencari guru agama dan mempelajarinya secara berhadapan.

Dia juga menegaskan bahawa pendirian serta pandangannya dalam soal ini bukanlah bermaksud untuk memperl3kehkan pertubuhan tabligh sebaliknya menghormati setiap pilihan yang dipilih mana-mana individu dalam mencari rahmat Allah.

“Saya tidak memb3ngkang sebab kita masing-masing ada jalan tersendiri (dalam mencari ilmu agama) dan kita perlu menghormatinya. “Tak semestinya kita berpakaian sebegini kita taknak jumpa tuhan. Adakah kita perlu iku cara orang luar (Pakistan, Arab) seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci?,” katanya.

Baca Juga  [Video]Anak Hadiahkan Motor, Ibu Ayah Tak Tahan Sbak Jmpa N0ta Dan Gelang Emas Dlm Seat. – beritasaatini

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link

  • Bagikan