Haz Pegang Janji Takkan Biar Kawan Derita.. Sahabat Menangis Sukar Dicari-Hafiz Mahamad

  • Bagikan
Screenshot 90

Masihkah anda ingat tentang kisah seorang usahawan muda bernama Hafiz Mahamad yang pernah viral kerana membantu sahabatnya yang diuji strok? Nilai persahabatan yang sudah terjalin sejak dari kecil itu nyata membuatkan Hafiz tidak sanggup untuk melihat teman baiknya terlantar sebegitu.

Atas dasar tanggungjawab, dia bukan sahaja sanggup tinggalkan semua kerja pergi ke Kelantan masa itu termasuklah menanggung semua
kos rawatan.

Teringat waktu dia sihat dulu…saya kahwin dialah yang pakaikan sampin & minta jaga isteri dengan baik

Baru-baru ini, suami kepada Instafamous Syafiqah Aina berkenaan telah diundang ke sebuah rancangan temubual di stesen TV RTM. Saat mengulas tentang membantu sahabat yang dikenali sebagai Loh tempoh hari, Hafiz mengakui dia terus tersentuh apabila mengenang semula waktu kawan baiknya itu sihat. Ujarnya, dialah antara individu yang sentiasa menjadi tulang belakang utama hidupnya sebelum berkahwin dengan isterinya lagi.

Sahabat Menangis Sukar Dicari-Hafiz Mahamad
Sahabat Menangis Sukar Dicari-Hafiz Mahamad

10 kali offer ajak bekerja sekali tapi semua ditolak…dia cuma nak kasih sayang seorang sahabat

Terdahulu, Hafiz sendiri pernah menawarkan kawan baiknya itu untuk bekerja sekali di bawah syarikat perniagaannnya. Namun kesemua ajakan tersebut ditolak dengan cara baik.

Walaupun begitu, Hafiz tetap akan berusaha untuk membantu sahabat sejatinya itu selagi termampu hingga akhir hayatnya.

kisahdunia.com 3bbee6df66f5988877bb010c1cfff368

Sc: hafiz muhamad

Baca Juga  SDM Jadi Kunci Kemajuan Logistik & Rantai Pasok Nasional
  • Bagikan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.