Perdana Menteri Tiba Di Mekah Untuk Ibadah Umrah Disambut Oleh Duta Malaysia Di Arab Saudi Serta Gabenor Jeddah Putera Mishaal Bin Majed Bin Abdulaziz Al Saud

  • Bagikan
MU


Perdana Menteri Tiba Di Mekah Untuk Ibadah Umrah Disambut Oleh Duta Malaysia Di Arab Saudi Serta Gabenor Jeddah Putera Mishaal Bin Majed Bin Abdulaziz Al Saud

RIYADH: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Perdana Menteri tiba di Mekah untuk ibadah umrah

Ketibaan beliau dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz disambut oleh Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab dan isteri, Datin Nor Asimah Petah; Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri, Najwa Hasbullah; serta Gabenor Jeddah Putera Mishaal bin Majed bin Abdulaziz Al Saud.

Lawatan ke Arab Saudi ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat, bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi, Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud. Muhyiddin dan isteri akan menunaikan umrah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu, sebelum memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah di Riyadh pada 9 Mac ini.

Lawatan ke Arab Saudi ini merupakan sebahagian daripada rangka kerja lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat. - Foto ihsan Pejabat PM

Lawatan rasmi Perdana Menteri ini adalah susulan jemputan oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud pada April 2020.
Muhyiddin menjadi ketua kerajaan pertama yang dijemput oleh Raja Salman untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi susulan dari Persidangan Al-Ula pada 5 Januari 2021 yang lalu. Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan YM Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, YM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Sumber:astroawani

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Baca Juga  Wan Chik daud meninggal dunia



Source link

  • Bagikan