Pencipta Lampu L.E.D, Isamu Akasaki Meningg4l Dunia Akibat Pneumonia

  • Bagikan
led

Pencipta Lampu L.E.D, Isamu Akasaki Meningg4l Dunia Akibat Pneumonia

Saintis terkemuka Jepun, Isamu Akasaki, yang juga merupakan pencipta lampu blue light-emitting diodes (LED) dilapor meninggal dunia pada usia 92 tahun, akibat pneumonia. Menurut laporan portal Nippon, mendiang meninggal dunia di sebuah hospital di Nagoya, pagi Khamis, waktu tempatan.

Akasaki yang berasal daripada Kagoshima, sebelum ini berkhidmat sebagai profesor di Universiti Meijo di Nagoya. Mendiang sebelum ini telah memenangi Anugerah Nobel pada 2014 bersama-sama dua lagi rakannya di atas jasa menghasilkan diod pemancar cahaya cekap tenaga berkenaan.

Lampu LED mampu bertahan untuk jangka masa yang lama selain hanya menggunakan jumlah tenaga yang sedikit. Disebabkan itu, diod pemancar cahaya cekap tenaga ciptaan mereka bertiga itu dianggap sebagai salah satu senjata dalam melawan pemanasan global.

Diod Merah dan Hijau sudah wujud sekian lama, namun penemuan diod biru oleh Akasaki dan rakan-rakannya pada 1990-an dianggap sebagai satu penemuan yang besar, memandangkan gabungan ketiga-tiga diod itu mampu menghasilkan cahaya putih seperti yang dipancarkan oleh Matahari. Selain itu, penemuan berkenaan juga dianggap sebagai antara pelopor kepada penciptaan skrin LED yang digunakan pada telefon pintar dan juga komputer.

Sumber:siakapkeli

Apa kata anda? Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

otoresing

Baca Juga  Bocoran Serta Spesifikasi Redmi Note 10 Pro Max
  • Bagikan