Pasangan Pengantin Ini T3ruk Dik3cam Kerana Bius Anak Singa Untuk Foto Perkahwinan

  • Bagikan
singa


Pasangan Pengantin Ini T3ruk Dik3cam Kerana B!us Anak Singa Untuk Foto Perkahwinan

BAGI merakam memori perkahwinan, biasanya pelbagai cara dibuat pengantin untuk nampak kelainan. Namun berbeza buat pasangan pengantin di Pakistan ini apabila menampilkan seekor anak singa dalam sesi fotografi mereka.

Akan tetapi tindakan tersebut dikecam hebat warganet kerana dikatakan anak singa itu dib!us untuk ditidurkan. Menerusi sebuah video dan gambar dikongsi oleh Instagram Studio Afzl yang mempunyai mempunyai 120,000 pengikut, pasangan itu menggunakan anak singa sebagai simbolik foto perkahwinan mereka.

Dalam video yang tular, nampaknya pem4ngsa kecil itu hanya terbaring di antara pengantin lelaki dan perempuan. Kemudian, satu lagi video menunjukkan anak singa kecil itu terbaring di atas permaidani sementara pasangan itu meneruskan sesi penggambaran mereka.

Muat naik itu kemudian dipadam oleh Afzl, namun ia mendapat sambutan yang luas dan dikongsi menggunakan hashtag #SherdiRani (Anak-anak Ratu Singa). Bagaimanapun, video tersebut dimuat naik semula oleh Twitter Save The Wild.

Bius anak singa untuk foto perkahwinan, pasangan pengantin teruk dikecam

Kumpulan hak haiwan di seluruh dunia telah mengkritiknya, kerana foto tersebut adalah bentuk kek3jaman terhadap haiwan. NGO Pakistan, Save the Wild telah mengemukakan bantahan di Jabatan Hidupan Liar dan Taman Punjab di Twitter.

Dalam muat naik mereka, Save the Wild mempersoalkan sama ada agensi itu telah memberi kebenaran untuk gambar perkahwinan tersebut. “Lihatlah anak singa itu dib!us dan dijadikan simbolik dalam foto. Studio ini berada di Lahore. Selamatkan ia,” tulisnya.

Sumber: Tribunnews

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link

Baca Juga  Pemerintah Lanjutkan Program Kartu Prakerja di 2021
  • Bagikan