Nenek Sarah Hildebrand meninggal dunia

  • Bagikan
155023565 1362182527472229 599360073988671544 n

Hiburan –

Pelakon Sarah Hildebrand berkongsi berita duka apabila kehilangan nenek tercinta yang menghembuskan nafas terakhir semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, menerusi satu hantaran Instagram.

“Dengan penuh dukacita saya ingin memaklumkan Atuk tersayang (nenek), Doyah Pin telah meninggal dunia. Saya sayangkan Atuk, al-Fatihah,” tulisnya ringkas.

Dalam perkongsian berkenaan, Sarah memuat naik dua keping gambar lama bersama Allahyarham neneknya.

155023565 1362182527472229 599360073988671544 n

155118956 789247101970897 8012756804159877846 n

Akibat kehilangan yang dilalui, pelakon drama Pujaan Hati itu terpaksa menunda seketika urusan bisnes yang diusahakannya ketika ini.

“Maaf kepada yang ada berharap saya akan mengepos keluar produk esok (hari ini). Saya minta maaf kerana berlaku sedikit kelewatan disebabkan kejadian yang berlaku.

“Kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai,” katanya. K! ONLINE



Source link

Baca Juga  Ini informasi terbaru soal pendaftaran KIP Kuliah di SNMPTN 2021
  • Bagikan