Masya Allah, Sweetnya! Patutlah Kebahagiaan Rumah Tangganya Dicemburu1, Begini Cara Ustaz Ebit Lew hargai isterinya

  • Bagikan
EE


Masya Allah, Sweetnya! Patutlah Kebahagiaan Rumah Tangganya Dicemburu1, Begini Cara Ustaz Ebit Lew hargai isterinya

Selamat hari wanita sedunia. Rasulullah ﷺ setiap hari memuliakan dan menyayangi wanita. Mari kita hargai wanita kurnia Allah dalam hidup ini setiap hari dalam hidup kita. Tadi terus call kedai bunga minta buatkan bunga paling cantik indah buat bidadari tercinta. Sampai rumah terus beri pada bidadari. I love u sayang.

Ya Allah abang. Kenapa susah-susah..i love u sayang..

Kata-kata isteri saya yang suka nak ingat dan amat saya hargai…ia membuat saya menangis dan jatuh cinta. Tiada wajah tercantik melainkan dari hati yang ikhlas. Tiada perkataan lebih indah dari ikhlasnya mencintai..

Isteri sumber ketenangan…

masya allah sweetnya patutlah kebahagiaan rumah tangganya dicemburu1 begini cara bro ebit lew hargai isterinya sempena hari wanita 5c82fe1b4f2b4

Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..

Isteri sumber kekuatan jiwa…

masya allah sweetnya patutlah kebahagiaan rumah tangganya dicemburu1 begini cara bro ebit lew hargai isterinya sempena hari wanita 5c82fe1b5f717

Saat lain waktu berduka .. Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil..

Saat terlalu penat dengan wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah…semua penat, hilang… Saat hening malam…Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita.

Baca Juga  Promo Indomaret Harga Heboh Terbaru 10 Februari 2021,

Isteri sentiasa mengingatkan bersyukur kepada Allah…

masya allah sweetnya patutlah kebahagiaan rumah tangganya dicemburu1 begini cara bro ebit lew hargai isterinya sempena hari wanita 5c82fe1b71896

Saat diberi rezeki lebih. Saya tanya, awak nak apa-apa ke sayang, apa jer abang nak beri dengan izin Allah.. Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi ﷺ dan kita cari orang susah sama-sama kita beri duit pada mereka. Kita simpan duit untuk berdakwah ke mana-mana..

Saat merindui ibu. Menangis dan berdoa sama-sama supaya dapat bersama dalam syurga. Menenangkan hati dan melaluinya bersama. Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah dan lebih mensyukuri hidup ini….

Kecantikan yang sebenar ialah bila datang dari hati yang ikhlas dalam mencintai dan hanya semata-mata kerana Allah. Syukur pada Allah ya Allah yang beri segalanya. Terima kaseh mak tercinta sebab mengajar kasih sayang ini. Wahai isteriku,

Terima kasih bidadariku…

masya allah sweetnya patutlah kebahagiaan rumah tangganya dicemburu1 begini cara bro ebit lew hargai isterinya sempena hari wanita 5c82fe1b8547b

Terima kasih sayang kerana sudi bersama lelaki ini yang tiada apa-apa. Memberi kepercayaan mengetuai rumahtangga ini. Terima kasih kerana memahami dan mendidik anak-anak. Ya Allah seperti mana kami bersama dalam dunia ini, berjauhan kerana agamaMu. Kau letakkanlah kami bersama dalam syurga indah suka tanpa perit dan duka lagi-ebit lew

Video : Ebit Lew – ni Buat Ramai Wanita Sebak dan Menangis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Ebit Lew via beritasteady



Source link

  • Bagikan