Masjid Baabul Munawwar di Indonesia, terletak 1, 700 meter ke dalam perut bumi

  • Bagikan
masjd1700kakidlmtanah

Masya Allah, inilah Masjid yang terletak 1, 700 meter dari permukaan bumi, mungkin yang terdalam di dunia. Masjid adalah tanda syiar Islam, di mana ada masjid, maka itu tanda di situ ada umat Islam. Maka, di mana-mana pun umat Islam tinggal, semestinya di situ ada masjid.

Inilah yang digambarkan apabila terbinanya Masjid Baabul Munawwar yang terletak pada kedalaman 1,700 meter dari permukaan bumi.  Masjid Baabul Munawwar yang membawa maksud ‘pintu tempat cahaya’ dibina untuk kegunaan pekerja PT Freeport Indonesia melakukan ibadat, terutama sembahyang tanpa perlu naik ke atas permukaan bumi.

masjidbwhtanah4

masjidbwhtanah3

Tentu sekali kewujudan masjid di bawah permukaan bumi itu adalah manifestasi kepada betapa masjid wujud di mana-mana sekali pun untuk memberi peluang umat Islam mengunjungi rumah Allah itu biarpun berada jauh di perut bumi.

PT Freeport adalah pengendali lombong yang menghasilkan tembaga, emas dan perak terbesar di Indonesia yang terletak di Tembagapura, Timika, Papua. Masjid Baabul Munawwar dirasmikan pada Jun 2016 itu cukup bermakna kepada pekerja yang beragama Islam bagi membolehkan mereka melakukan ibadat dalam persekitaran yang selesa.

Masjid tersebut telah direkodkan sebagai masjid yang dibina pada kedalaman perut bumi paling dalam di Indonisia, bahkan di dunia. Masjid memberi manfaat kepada pekerja bahagian operasi lombong bawah tanah seperti mekanik, operator pembinaan, elektrik dan instrumen.

Baca Juga  Creative Decorating with Houseplants, from Floor to Ceiling
  • Bagikan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan.