Kanak-kanak Tertinggal Di Stesen Minyak

  • Bagikan
KANAK2


Kanak-kanak Tertinggal Di Stesen Minyak

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik c3mas apabila dia dipercayai tertinggal keluarga ketika singgah di sebuah stesen minyak BHP Batu 2, Jalan Mawai-Kota Tinggi di sini hari ini. Difahamkan dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd. Rizki Izaki Nazri, 8, turun bersama abangnya untuk ke tandas ketika keluarganya berhenti di stesen minyak berkenaan.

Menurut sumber, keluarga kanak-kanak terbabit dalam perjalanan pulang dari Mersing selepas bercuti menuju ke Gelang Patah, Iskandar Puteri. “Dia bersama abangnya turun untuk ke tandas selepas keluar dari tandas kanak-kanak itu mendapati abang serta keluarganya sudah tiada.

“Pekerja stesen minyak menyedari kelibat kanak-kanak itu terus menghubungi polis sebelum m4ngsa dibawa ke Balai Polis Kota Tinggi,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber itu berkata, berdasarkan keterangan, m4ngsa memberitahu keluarganya menaiki sebuah van berwarna putih dalam perjalanan untuk pulang ke Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.

May be an image of child and text that says 'o sndi ka Kanak-kanak malang yang tertinggal keluarga ketika singgah di stesen minyak di Batu 2, Jalan Mawai-Kota Tinggi, Johor hari ini.'

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussain Zamora mengesahkan kejadian itu. Katanya, keluarga m4ngsa dalam perjalanan ke Balai Polis Kota Tinggi selepas menerima maklumat hasil perkongsian orang awam di media sosial.

Sumber:facebook

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link

Baca Juga  IESPA Sumsel gelar PEC 2020
  • Bagikan