Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

  • Bagikan
L


Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

KUALA BERANG – “Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik. “Pagi ini suami ditemui. Syukur walaupun dalam keadaan sangat menyedihkan,” kata Syarifah Ramli, 19, isteri kepada Ami Azzizol Abu Bakri, 21, yang m4yatnya ditemui pada jam 7.10 pagi tadi.

Syarifah yang tidak dapat menahan kesedihan juga dikatakan rebah dan tidak bermaya sebaik melihat m4yat suaminya dibawa naik ke darat. Katanya, walaupun suaminya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa namun dia tetap bersyukur, sekali gus mengakhiri penantian dia dan keluarga.

1016482

“Memang sangat sedih dengan apa yang berlaku, namun saya reda. Biarlah suami berehat di sana dengan tenang,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah m4yat Hospital Hulu Terengganu, hari ini. Sabtu lalu, Allahyarham Ami Azzizol dikatakan ke kawasan Sungai Petuang, Jeram Harimau, Tasik Kenyir, untuk berbulan madu bersama isteri dan bercuti dengan ahli keluarga mentua.

Arwah dilaporkan l3mas ketika berenang di sungai hadapan rumah rakit yang disewanya jam 5.50 petang.Syarifah berkata, beliau bersyukur Allah memperkenankan hajatnya melihat suami buat kali terakhir dan membawa pulang j4sadnya untuk disemadikan.

suami29 o HMfield image listing featured v2.var 1617021742

Beliau yang melangsungkan perkahwinan dengan Ami Azzizoll pada 21 Mac lalu mengakui sangat bahagia menjalani kehidupan rumah tangga dengan arwah walaupun hanya seminggu bergelar isteri. “Sepanjang bergelar isteri, saya benar-benar rasa bahagia malah bagi saya, dia bukan saja suami yang terbaik tetapi juga anak serta kawan yang baik,” katanya.

166320241 4168645163175112 6044136655314202170 n

Sementara itu, kakak arwah, Maizunira, 24, berkata arwah adiknya akan disemadikan bersebelahan kubur abang sulungnya, Ami Amri yang meninggal dunia akibat lemas pada tahun 2004. “Arwah abang yang ketika itu berusia 21 tahun l3mas ketika menyelamatkan sembilan rakan nelayan selepas bot gentian kaca dinaiki mereka karam di muara Sungai Dungun jam 11 malam,” katanya. Katanya, arwah adiknya akan dikebumikan di Tanah Perku buran Syed Yahya, Kampung Sungai Buaya, Dungun, hari ini.

Baca Juga  Momen Prikitiew SUNNAH “ Sule Nathalie Until Jannah “

Sumber:bharian

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link

  • Bagikan