Ibu Zizi Kirana meninggal dunia pagi Jumaat

  • Bagikan

Hiburan –

IBU kepada penyanyi rap Zizi Kirana iaitu Fatimah Kassim menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Sabah kira-kira pukul 2.40 pagi, Jumaat.

Pengurus kepada Zizi iaitu Bob memaklumkan penyanyi lagu Eh menerima berita duka itu selepas selesai penggambaran drama kira-kira pukul 3 pagi tadı dan masih dalam keadaan terkejut.

Bagaimanapun, Bob memberitahu dia masih belum dapat memastikan punca sebenar arwah yang mesra dipanggil sebagai umi itu meninggal dunia.

“Ya… betul umi (ibu) Zizi meninggal dunia sekitar pukul 2.40 pagi tadi. Selepas habis shooting dalam pukul 3 pagi, baru Zizi dapat tahu. Arwah meninggal di Sabah tapi saya tak pasti sakit apa.

“Buat masa sekarang ini, Zizi memang tak boleh nak bercakap… dia diam sahaja. Saya pun tak nak tanya apa-apa lagi sebab dia tengah bersedih,” kata Bob ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, penyanyi Zarina Zainoordin memuat naik status di Instagram mengatakan ibu kepada Zizi meninggal dunia dan memohon agar semua orang mendoakan penyanyi itu serta keluarga diberikan kekuatan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar arwah ibu Zizi ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta berharap penyanyi berusia 36 tahun itu kuat menghadapi dugaan tersebut.

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil kini sedang menguruskan perjalanan pulang ke Sabah selepas sudah mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

“Tadi Zizi sudah pergi ke balai polis untuk minta kebenaran untuk pulang ke Sabah. Jadi, sekarang ini tengah uruskan perjalanan pulang dia ke sana,” kata Bob.

Pada Januari lalu, Zizi mendedahkan dia bertindak memadam foto berpakaian terdedah di laman sosial selepas menerima teguran daripada ibunya yang menghantar mesej berjela-jela.

Baca Juga  Bug Bane Mobile Legends Bisa Hancurkan Tower Dalam Waktu 3 Detik

Mesej yang diterima menimbulkan kesedaran kepada penyanyi itu selain menganggap teguran ibunya bukan perkara yang boleh dipandang ringan.



Source link

  • Bagikan