Emran penyayang dan romantis, kongsi banyak persamaan – Noor Nabila

  • Bagikan
161728024 3772992526082113 3532974132053699899 n

Hiburan –

Kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila mengakui keserasian menjadi pengikat antara dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sehingga bersatu di atas pelamin pada Jumaat lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, Nabila berkata mereka berdua berkongsi pengalaman hidup yang agak sama selain bersyukur diberi peluang lagi untuk menikmati kebahagiaan berkeluarga.

161728024 3772992526082113 3532974132053699899 n

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini.

“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” kata wanita berusia 37 tahun itu.

Menurut Nabila, dia mempunyai alasan kukuh untuk kembali bergelar isteri walaupun hanya berkenalan dalam masa yang singkat iaitu sekitar Ogos tahun lalu.

161502632 449071123001024 6944831427467232435 n

“Keputusan ini dibuat dan keluarga saya sangat menyayangi suami sejak dari awal saya perkenalkannya. Tiada istilah serik dalam mencari kebahagiaan.

162173828 476672823370472 5722567030130975341 n

“Saya bersyukur kerana saya dan Jebat Jayden dipertemukan dengan Emran dan Aleesya pada waktu yang tepat. Pasti ada sebab yang Tuhan sudah aturkan buat kami,” ujarnya.

162884853 222464546279506 2007310287133817675 n

Tambah Nabila, dia menyifatkan Emran memiliki sifat penyayang dan romantis, justeru tiada alasan untuk menolak jodoh ditakdirkan Allah SWT.

“Dia sangat penyayang, menyayangi dan menghargai saya. Dia ada dengan saya pada masa saya memerlukan nasihat dan teman untuk berkongsi. Dia juga seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri,” katanya.

162408068 151374436771528 3790767550676468905 n



Source link

Baca Juga  Ramai-ramai Maskapai Penerbangan Murah Komplain ke Uni Eropa
  • Bagikan