Didakwa langgar SOP, polis siasat majlis nikah Neelofa

  • Bagikan
165095892 10219079937011307 2916343503909429608 n

Hiburan –

POLIS sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

165095892 10219079937011307 2916343503909429608 n

Harian Metro semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

[ad_2]

Source link

Baca Juga  Link Download The Penthouse Season 2 Sub Indo
  • Bagikan