Dah Bergelar Nenek, Noraniza Idris Teruja Timang Cucu Pertama. Kongsi Video Kelahiran Cucu Sulung

  • Bagikan
cct 1


Dah Bergelar Nenek, Noraniza Idris Teruja Timang Cucu Pertama. Kongsi Video Kelahiran Cucu Sulung

PENYANYI Noraniza Idris meluahkan rasa syukur apabila selamat menimang cucu pertama pada Selasa. Berita gembira itu dikongsi Noraniza, 53, menerusi menerusi laman Facebook miliknya dengan memuat-naik foto pertama cucu perempuan yang juga merupakan cahaya mata kepada anak sulungnya, Aliff Haiqal.

“Syukur alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat. Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila diwatikah’ menjadi nanny hari ini,” ujarnya teruja. Apa yang menariknya, penyanyi Dikir Puteri itu turut mendedahkan cucu pertama yang diberikan nama Hannah Aliff Haiqal itu berkongsi tarikh kelahiran sama dengan bapanya.

“Tahniah Aliff mama, terima kasih bawa Hannah untuk kami hari ini. Pada 23 Mac 2021, hari lahir cucu pertama Noraniza Idris, 23 Mac 1989 hari lahir anak pertama Noraniza Idris. Hari ini hari istimewa untuk nanny umi,” ujarnya. Noraniza menganggap kehadiran cucu pertamanya itu sebagai satu hadiah istimewa untuk seluruh keluarganya.

“Semoga Aliff menjadi daddy yang terbaik buat Hannah dan keluarga, menjadi suami yang penuh dedikasi, menjadi anak lelaki pembimbing syurga mama, kesayangan semua kenalannya dan yang penting dan paling berkat adalah Allah Sayang kita. “Terima kasih buat Aliff dan Ezza Nafiesha. Tahniah buat isteri yang sangat memahami anak mama.

“Terima kasih jagakan Alif untuk mama, jaga penuh kasih sayang. Perhatian yang paling bermakna dalam hidupnya. Hadiahkan sesuatu yang sangat besar dan paling bermakna buat kami membawa gelaran nanny untuk mama buat pertama kalinya,” katanya.

“Panggil Umi tau, tak nak nanny la.. tua sungguh rasanya,” selorohnya. Aliff Haiqal, 32, mendirikan rumah tangga bersama isteri, Ezza Nafiesha Zakaria pada 22 Disember 2018. Selain Aliff, Noraniza mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal, 28, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Mohd Fauzi Tajuddin atau Fareez.

Baca Juga  Bisnis Online Terpercaya 2021, Modal Kecil Dengan Peluang Dapat Keuntungan Besar

(FOTO: Facebook Noraniza Idris)

pa kata anda? Dah baca sila share,;ile dan komen ya.Terima kasih



Source link

  • Bagikan