C3dera Di Bahagian Kaki. Mari Doakan Kesembuhan Buat Ustaz Ustaz Najmuddin Elias Al Hafiz, Hampir Jatuh Gaung Semasa Misi Bantuan

  • Bagikan
NAJMUDIN


C3dera Di Bahagian Kaki. Mari Doakan Kesembuhan Buat Ustaz Ustaz Najmuddin Elias Al Hafiz, Hampir Jatuh Gaung Semasa Misi Bantuan

Saya diminta oleh Yang Berbahagia Dato supaya memaklumkan kepada tuan puan semua tentang berita kem4langan yang menimpa dirinya. Kem4langan ini berlaku ketika beliau dan beberapa orang NGO Batu Kurau melakukan ziarah kasih dan penyampaian sumbangan kepada penduduk di Kampung Anak Kurau Batu Kurau yang sedang bergotong royong membina jalan simen bagi memudahkan mereka mengeluarkan hasil kampung.

Pada mulanya tiada apa-apa h4langan yang berlaku tetapi bila hampir sampai ke kemuncak tiba-tiba motorsikal yang dipandunya g4gal menaiki bukit yang agak cur4m dalam keadaan licin… Beliau tidak dapat mengawal motorsikalnya lalu mengundur ke belakang. Beliau bernasib baik kerana sempat mengelakkan badannya dari jatuh ke dalam g4ung di sebelah kanan jalan tetapi terp3lanting ke kiri jalan mengakibatkan bahagian dadanya mengh3mpap seketul batu bersaiz sebuah dulang dan mengalami luk3 di bahagian kaki akibat terkena ekzoz.

najmuddinelias

najmuddinelias2

Beliau dibawa turun dari kemuncak bukit dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda dan terus dibawa ke klinik swasta yang berdekatan. Setakat malam tadi beliau mengadu masih s4kit di bahagian dada. Beliau mengucapkan jutaan kasih kepada semua yang terlibat membantunya dan memberitahu bahawa beliau akan terus melakukan kerja-kerja membantu orang yang memerlukan walaupun masih terkejut dengan kem4langan yang tidak diduga ini.

najmuddinelias3

Beliau berharap mereka di luar sana dapat mendoakan beliau dan tidak perlu risau kerana masih dalam rawatan pihak perubatan. Beliau menyifatkan kem4langan yang berlaku sekitar pukul 12.30 t/hari semalam sebagai suatu pengajaran supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.. Akibat kem4langan ini beberapa program beliau terpaksa dibatalkan termasuk ceramah perdana di Taman Kota Wira dan ziarah kasih di Kampung Sempeneh… Mari doakan kesembuhan buat Ustaz Dato agar dapt kembali berbakti kepada semua…

Baca Juga  'Suami saya, hak saya' – Netizen bengang isteri buat video TikTok 'back-up' Shuk Sahar

Kredit sumber;Ustaz Dato’ Haji Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih 



Source link

  • Bagikan