‘BoBoiBoy kuasa tiga!’ – Feeya Iskandar dapat anak lelaki lagi, bersalin ditemani suami

  • Bagikan
feeyaiskandar 11920435010596486877715219141671233618605365n e1613049447440

PENYAMPAI Suria FM, Feeya Iskandar selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 7 petang, Khamis.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah melahirkan bayi lelaki seberat 3.38 kilogram secara normal ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.

feeyaiskandar 11920435010596486877715219141671233618605365n e1613049447440

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan saya dapat lagi seorang anak lelaki, jadi terjawablah baby apa… boiboiboi kuasa tiga!

“Nombor tiga ni lain macam sikit ya keluar sampai kena vakum sebabnya muka dia di atas tapi syukur mummy dan baby baik-baik sahaja.

“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Feeya memaklumkan dia dan suami akan berkongsi wajah dan nama anaknya dalam masa terdekat.

Feeya kongsi berita gembira kelahiran anak ketiga di Instagram.

feeyaiskandar 13153046913022340468131525351273217414235284n e1613049875249

“InsyaAllah nama dan wajah baby kali ni saya akan kongsikan nanti,” ujarnya.

Feeya mendirikan rumah tangga Rashid pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.

feeyaiskandar 994232746202069153725271131016763222471504n e1613049519121

[ad_2]

Source link

Baca Juga  That last trick tho ...
  • Bagikan