‘Ada selebriti dah fed up buat swab test banyak kali’ – Zed Zaidi

  • Bagikan
1080854

Hiburan –

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu kepada golongan selebriti.

Menurut Zed, pihaknya banyak menerima aduan daripada artis tentang kekerapan melakukan ujian calitan setiap kali memulakan sesuatu projek baru.

Kata Zed lagi, kerajaan sepatutnya menggunakan pengaruh besar artis untuk menyebarkan pengetahuan serta kebaikan suntikan vaksin Covid-19.

“Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.

“Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah,” katanya.

1080854

Zed turut memberikan contoh negara Indonesia dimana mereka melantik selebriti sebagai ikon serta individu terawal menerima vaksin untuk meyakinkan rakyat.

Dalam pada itu, Zed turut memohon kerajaan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) ujian calitan yang terpaksa dilakukan golongan artis untuk meringankan beban mereka.

“Seniman banyak dapat aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila dia ada banyak job, kena buat swab test banyak kali.

“Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job,” ujarnya.

Kata Zed lagi, sekiranya golongan artis sudah menerima vaksin, tidak perlu lagi membuat ujian calitan berulang kali dan dalam masa sama menjimatkan kos.



Source link

Baca Juga  Produk UMKM Harus 'Bejejer' di Depan Mall, LV Di Belakang Aje
  • Bagikan