“mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT”, – Menyepi Dari Dunia Hiburan, Ini Luahan Dan Keadaan Wahid Senario

“mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT”, – Menyepi Dari Dunia Hiburan, Ini Luahan Dan Keadaan Wahid Senario

Sebelum wujudnya program-program komedi masa kini, antara kumpulan pelawak yang menjadi fenomena pada ketika dahulu ialah Senario, yang dianggotai Azlee, Mazlan, Saiful Apek, Wahid dan Yasin. Senario merupakan salah satu nama yang besar dalam industri komedi tanah air yang sering menghiburkan kita menerusi komedi santai mereka.

Tampil dengan pelbagai rancangan dan filem komedi, penampilan bersahaja mereka mampu membuatkan peminat tidak kering gusi menonton. Senario yang dahulunya dianggotai oleh Azlee, Mazlan, Saiful Apek, Wahid dan Yasin antara pelawak yang masih diingati sehingga kini.

Terbaru, ada beberapa keping gambar Wahid dengan imej ‘alim’ dalam satu majlis ilmu telah tular laman sosial media. Tersebar foto Wahid dengan imej ‘alim’ dalam satu majlis ilmu, di laman sosial media. Justeru ramai yang beranggapan bahawa pelawak tersebut sudah bersara dan berhijrah menjadi pendakwah.

Satu perkongsian yang telah di buat oleh Perak Gazette telah menjawab persoalan mengenai Wahid yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Senario itu. Wahid turut mengulas, beliau memaklum memang dirinya sudah banyak menghabiskan masa di masjid, namun dia tidak pernah melupakan dunia hiburan.

Tanggungjawab sebagai orang Islam

Bercakap kepada media, Wahid memaklum memang dirinya sudah banyak menghabiskan masa di masjid, namun dia tidak pernah melupakan dunia hiburan. “Saya lakukan ini kerana mahu mendekatkan diri dengan Allah SWT, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam”. “Saya melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan sebagai seorang Islam tapi saya tetap seperti dahulu, sedia menerima tawaran jika ada yang sudi…”

Saya nak sampaikan kebaikan…

1
2