Nur Alert: Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Arif Hakimi


Nur Alert: Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Arif Hakimi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook rasminya memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang. Muhammad Arif Hakimi Bin Paxrurazi yang berbangsa Melayu dan berusia 9 tahun itu telah dilaporkan hilang di A 6597 Kampung Wakaf Tengah Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu.

Menerus perkongsian PDRM, kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu berjantina lelaki dengan tinggi 100 cm, berat 30 kg. Mempunyai rambut berukuran pendek berwarna hitam dan kerinting. Warna kulitnya pula berwarna hitam manis, bentuk badan kurus dan terdapat parut pada bahagian belakang kepalanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Insp Wan Nurhafizah BT Mohd Rodzlad di talian 010-4016511 atau boleh terus hubungi IPD Kuala Terengganu di talian 09-6312222.

Sumber: Polis Diraja malaysia (Royal Malaysia Police)



Source link