Awie ada cara sendiri belajar ilmu agama, tapi bukan sertai tabligh

Hiburan –

Sejak kebelakangan ini, ramai juga artis tempatan yang dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh dalam usaha mencari ilmu agama dan mendekatkan diri dengan ajaran Islam.

Tidak ketinggalan untuk diajukan soalan yang sama, penyanyi Datuk Awie,53, berkata dia juga sedar akan perubahan beberapa rakan artis yang mula berhijrah dan mengikuti kumpulan tabligh.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman menjelaskan bahawa jalan hidup seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sesiapa selain individu itu sendiri.

Namun begitu, bagi penyanyi lagu Iris ini, dia tidak memilih untuk menyertai tabligh namun tidak berniat untuk memperlekehkan usaha individu yang mula berhijrah dengan menyertai kumpulan tersebut.

“Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikut tabligh) sampai 44 hari siapa nak bagi anak isteri saya makan. Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah,” katanya.

1
2