Pesakit K4nser Tahap 4 Tetap “Push” Diri Jual Beg, Biskut Tampung Kos Rawatan Dari Asyik Fikir Kem4tian

Pesakit K4nser Tahap 4 Tetap “Push” Diri Jual Beg, Biskut Tampung Kos Rawatan Dari Asyik Fikir Kem4tian

Hidupnya bagaikan berubah sekelip mata apabila dia disahkan menghidap kans3r limfoma tahap empat sekitar setahun yang lalu. Menurut Wee Nurailin Farissa Mohammad Nawi Cheng, 24, dia sukar untuk percaya saat mendapat perkhabaran itu dan hanya berfikir mengenai aj4l sahaja pada waktu itu.

“Pada November 2019 saya ada naik benjolan bisul di lengan. Selepas dibuang, saya juga ada jalani Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Pada waktu itu doktor suspek saya ada k4nser. “Pada Januari 2020, dapat tahu yang saya ada k4nser limfoma. Saya sudah jalani pemb3dahan pada 25 Januari, tetapi k4nser sudah merebak ke bahagian hati dan tulang.

“Kemudiannya pada Februari, saya disahkan sudah menghidap k4nser tahap empat. Pada awalnya, hanya Allah yang tahu. Rasa g3lap dunia. Saya hanya fikir mengenai kem4tian. Pada masa itu, saya tak tahu yang k4nser boleh dirawat sebenarnya,” imbas ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Biskut yang dihasilkan oleh Ailin.

Mesra disapa Ailin, dia sudah menjalani rawatan kemoterapi fasa pertama dan dimaklumkan perlu menanggung kos rawatan fasa kedua pula yang bermula Oktober tahun lalu. Jelasnya, dia enggan meraih simpati dengan meminta-minta, sebaliknya bersemangat untuk berusaha mengumpul wang sendiri dengan melakukan perniagaan beg dan biskut.

Ailin (kanan) mengumpul semangat dengan kisah-kisah pejuang k4nser lain yang ditemui di hospital ketika dia menjalani rawatan pada tahun lalu. “Alhamdulillah, sambutan sangat bagus. Kalau banyak tempahan, saya push diri sampai buat 20 balang biskut dalam sehari,” ujarnya lagi.

“Saya ada minta bantuan, tetapi ia belum diluluskan lagi. Jadi saya ambil keputusan berniaga sebab tak nak meminta-minta. Andai kata bantuan diluluskan sekali pun, saya tak rasa ralat sangat sebab duit yang saya kumpul merupakan duit berniaga, bukan duit sedekah. Jadi saya boleh juga guna untuk anak saya juga.

“Awalnya saya jual beg. Tapi lama-kelamaan agak perlahan jualannya. Jadi saya buat keputusan untuk jual biskut sejak awal tahun ini. Menurut Ailin, dia juga terharu dengan sokongan netizen selepas dia banyak berkongsi kisah hidupnya di TikTok.

1
2