Koperal Kimi Pergi Jua, Berakhir Sudah Pend3ritaanmu’

Koperal Kimi Pergi Jua, Berakhir Sudah Pend3ritaanmu’

SEORANG anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Koperal Mohd Hakimi Talib meninggal dunia akibat k4nser perut, malam tadi. Mohd Hakimi, 35, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada 9.58 malam.

Berita pemergian Allahyarham turut dimaklumkan menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi SMART, pagi ini. “Dukacita dimaklumkan bahawa Koperal Mohd Hakimi Talib yang pernah bertugas di seksyen heavy USAR 4, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah kembali ke rahmatullah pada 31 Mac 2021 JAM 9.58 malam tadi di Institut K4nser Negara (IKN), Putrajaya.

1
2