Sakit tulang belakang makin merosot, Zamani selesa naik skuter tiga roda

Hiburan –

SETELAH lama menyepi dalam industri hiburan, penyanyi Zamani dikhabarkan terpaksa menghentikan rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung kerana berdepan masalah kewangan.

Ujar Zamani, dia memerlukan sekitar RM300 bagi mengikuti satu rawatan kiropraktik bagi mengurangkan masalah berkenaan.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya masih lagi dalam keadaan baik, saya hanya mengalami masalah tulang belakang.

“Sepatutnya perlu jalani rawatan setiap dua minggu sekali, namun kosnya agak tinggi.

“Oleh kerana mereka tak tetapkan kekerapan rawatan, saya pilih untuk pergi hanya apabila betul-betul sakit, ” katanya kepada mStar.

1
2