Pelakon Watak Pak Andak Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku Meningg4l Dunia


Pelakon Watak Pak Andak Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku Meningg4l Dunia

Aktor veteran Idris Mat Diah yang lebih dikenali golongan anak muda menerusi watak Pak Andak dalam drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 difahamkan telah meningg4l dunia di Putrajaya pada jam 2:30 pagi hari ini. Idris Mat Diah yang berusia 61 tahun difahamkan tidak sedarkan diri kira kira jam 2 pagi sebelum keluarganya menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.

Anak Arwah yang dikenali sebagai Alia berkata petugas perubatan yang tiba kemudiannya mengesahkkan arwah ayah sudah mening4l dunia pada jam 230 pagi. Menurt Alia lagi, ayahnya sejak dua tiga hari lalu tidak mempunyai selera makan.

Jenazah Idris disolatkan di Masjid Al-Faizin, Kepong, Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, hari ini. Idris yang begitu disegani dalam indudsti perfileman sebelum ini pernah terlibat dalam filem Janin(2010) selain sejumlah drama dan telefilem seperti Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Love You Mr Arrogant dan Zahir Tak Terucap.

Memetik Harian Metro, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sumber: HMETRO

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link