Kenapa Lelaki Boleh Hidup Dalam Keluarga Mertua Tetapi Perempuan Tak Boleh

Kenapa Lelaki Boleh Hidup Dalam Keluarga Mertua Tetapi Perempuan Tak Boleh

Berikut adalah kisah yang perlu kita semua ambil iktibar, sila baca: Haritu ada klien kes ce rai. Menantu perempuan g4duh dgn mak mertua, si suami tak tahan lalu ce raikan isterinya. Iyelah, nak ce raikan mak mmg tak boleh la kan. Tak psl2 dpt status anak der haka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka mmg tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dgn riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dgn mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dgn mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama.

Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah? Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dgn mertua mengenai apa?

  • Potong bawang salah?
  • Masak nasi lembik sgt?
  • Masakan masin?
  • Kopi tawar?
  • Tak pandai masak?
  • Tak pandai lipat kain?
  • Tak pandai jaga anak?
  • Tak pandai jaga isteri?
  • Tak pandai kemas rumah?
  • Tak pandai itu?
  • Tak pandai ini?

Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri. Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yg nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dlm keluarga yg lain, yg mungkin dari cara hidup yg tak sama.

Nak pula ada ipar duai yg ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm familinya. Suami pulak, bila isteri mengadu, mar4hkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit.

“Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dgn mak saya dan awak setuju. Skrg kenapa tak boleh pulak?” haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dgn maknya?

Bila isteri bers3lisih faham dgn mak, suami keluar rumah. Lepak dgn kawan. Malas masuk campur dgn harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh! Sebab tu digalakkan pasangan yg dah berkawen, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dgn kicap je .

1
2