Tragedi perkelahan, Kanak-Kanak Hil4ng Dih4nyut Ombak Ditemui Selamat Dan Dalam Keadaan Keletihan Dan Kesejukan


Tragedi perkelahan, Kanak-Kanak Hil4ng Dih4nyut Ombak Ditemui Selamat Dan Dalam Keadaan Keletihan Dan Kesejukan

*Kanak-kanak berusia 12 tahun yang hil4ng dih4nyutkan ombak ketika mandi di Pantai Kandis di sini petang Ahad, ditemui terapung dan masih hidup oleh nelayan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR). Mohd Aman Firas Mohd Shah, ditemui kira-kira 300 meter dari daratan pada jam 10 malam, iaitu hampir tiga jam selepas dih4nyutkan ombak ke tengah laut.

Tragedi perkelahan: Kanak-kanak hilang dihanyut ombak ditemui selamat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmood, berkata m4ngsa ditemui keletihan dan kesejukan. “Nelayan yang menemuinya segera mengangkatnya ke dalam bot sebelum membawanya ke jeti di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia segera dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh kira-kira jam 10.45 malam tadi,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada tengah malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.53 petang Ahad, seorang lelaki ditemui l3mas manakala dua lagi termasuk Mohd Aman hilang dihanyutkan ombak di Pantai Kandis. Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Yusrizal Mohd Ghazali berkata, m4yat Mohd Sahudin Mat Shaah, 46, ditemui jam 7.19 malam dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk b3dah si4sat.

Beliau berkata, terdahulu Mohd Sahudin yang berkelah bersama keluarga dan jiran di pantai itu telah menyelamatkan anak lelakinya yang berusia 15 tahun daripada l3mas. “Pada waktu sama, rakan anak lelakinya iaitu Mohd Aman juga hampir lemas. Mohd Sahudin kemudian sekali lagi terjun ke dalam air untuk menyelamatkannya.
“Kemudian Junai Rohafizan Juhari, 35, yang berada di kawasan itu cuba membantu dan masuk ke dalam air. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka kemudian dih4nyutkan ombak,” katanya di sini, pada Ahad malam.



Source link