firdaus wong, Kisah Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

Firdaus Wong Wai Hung, Kisah Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

Firdaus Wong Wai Hung, 30 atau dikenali Saudara (Bro) Firdaus yang asalnya merupakan penganut agama Buddha mengambil keputusan berhijrah akidah walaupun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian sebelum ini.

Malah hidayah Ilahi yang diterima serta sekelumit keinsafan diri, Firdaus yang mempunyai seorang isteri dan empat orang anak sanggup melepaskan kerjaya sebagai ketua pengurus kewangan di sebuah syarikat antarabangsa demi mencari keredaan Allah SWT.

Kini, berkat usaha gigihnya yang tidak pernah jemu dalam menyebarkan syiar Islam, Firdaus telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM) yang giat menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri.

Berkongsikan kisah hidupnya sebelum memeluk Islam, Firdaus berkata, tiada beza antara semua agama jika menilai sesuatu agama itu dengan melihat kepada gaya hidup penganutnya. Ini kerana katanya, kebanyakan kenalan beragama Islam yang dikenalinya mengamalkan cara hidup sama sepertinya malah ada yang mengajak untuk melakukan m4ksiat.

“Suatu hari hati saya mula terfikir mengenai tuhan yang sebelum ini tidak pernah terlintas di hati saya untuk memikirkan mengenai agama. Ini kerana saya merasakan cara hidup saya sekarang adalah salah dan terdetik untuk mengetahui mengenai agama Islam.

“Saya percaya kepada tuhan dan pada mulanya saya meletakkan kriteria tuhan bukan dalam kalangan manusia. Apa guna sembah tuhan dalam kalangan manusia, jika akhirnya saya juga boleh menjadi tuhan,” katanya ketika ditemui. Setelah lama mencari, Firdaus berkata, hinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk bertanyakan mengenai Islam kepada salah seorang kenalan beragama Islam.

“Tuhan wujud tapi tidak nampak, seperti angin. Kita rasa angin tetapi tidak dapat lihat dan pegang. Sedangkan angin yang tuhan ciptakan pun kita tak nampak, apatah lagi tuhan yang menciptakan angin itu. Itulah yang dia katakan kepada saya.

1
2