Pengantin Bari Dikhuatiri L3mas Ketika Kandi Di Sungai Petuang, Tasik Kenyir


Pengantin Bari Dikhuatiri L3mas Ketika Kandi Di Sungai Petuang, Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki dikhuatiri l3mas semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir petang semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 6.20 petang semalam berhubung kejadian yang menimpa Ami Azzizol Abu Bakri, 22, yang berasal dari Dungun.

Pengantin baharu dipercayai lemas ketika mandi di Tasik Kenyir

Katanya sebelum kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu, beberapa saksi termasuk ahli keluarga Ami Azzizol melihat lelaki itu berenang dari sebuah rumah rakit ke dalam Sungai Petuang di hadapan rumah rakit tersebut untuk mandi.

“Tidak lama kemudian saksi nampak m4ngsa terkapai-kapai meminta tolong dipercayai mengalami kek3jangan otot. Seorang daripada saksi iaitu anak pemilik rumah rakit telah cuba memberi pertolongan namun hampir l3mas kerana m4ngsa memaut belakang saksi yang cuba membantu. M4ngsa terus tengg3lam dan tidak dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan semalam oleh 46 orang yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam, namun tidak menemukan sebarang petunjuk. “Pencarian diteruskan hari ini sekitar 8 pagi,” katanya.



Source link