Bermodalkan Duit BPN, ‘Barang Basah Siap Siang’ Jadi Lubuk Rezeki Ibu Tunggal

Bermodalkan Duit BPN, ‘Barang Basah Siap Siang’ Jadi Lubuk Rezeki Ibu Tunggal

Ekoran krisis kesihatan akibat penularan wabak pendemik COVID-19 di seluruh dunia, pada 18 Mac 2020 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara. Ekoran pelaksanaan PKP ini, hampir semua individu termasuklah penjawat awam dan swasta diarahkan untuk bekerja dari rumah ataupun Work From Home.

Titik permulaan detik hitam…

Pada fasa awal PKP, ramai individu resah apabila pendapatan mereka semakin merosot saban hari. Tekanan ini turut dirasai oleh ibu tunggal Siti Hartika Shaari yang bekerja sebagai tukang masak, diberhentikan oleh majikannya ekoran tidak mampu menampung kos upah.

Lebih memeritkan, adik saudaranya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan juga turut terpalit situasi mendesak ketika itu. Bahkan, mereka berdua terpaksa menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan sepanjang PKP berlangsung.

“Kalau tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya…”

Tidak hanya mahu berdiam diri dan menganggur, mereka berdua tekad untuk mengusahakan khidmat perniagaan barang basah siap dibersihkan secara atas talian di sekitar negeri Melaka. Khidmat ‘barang basah siap siang’ ini menyasarkan golongan wanita bekerja sepanjang PKP sebagai pelanggan mereka.

Raih rezeki sendiri dengan bantuan BPN!

1
2