[Video] Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Neelofa Sah Bergelar Isteri PU Riz. – beritasaatini

beritasaatini.online –


Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernikahan selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang terlihat tenang sepanjang majlis pernikahan.

Video:

Akan nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur bertemakan Jabal Rahmah dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.

Video:

Pernikahan pasangan ini juga turut disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.

1
2