Pemuda Usus B0cor Sanggup Jadi Kelindan Lori Untuk Beli Beg Stoma Kerana Tidak Mahu Bebankan Ibu

Pemuda Usus B0cor Sanggup Jadi Kelindan Lori Untuk Beli Beg Stoma Kerana Tidak Mahu Bebankan Ibu

TIDAK sangka tindakan membenarkan rakan memandu keretanya menjadi asbab mereka terbabit dalam n4has jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari bekerja kerja di Jerantut pada tahun 2019 mengubah hidup Wan Muhammad Ardani Mohamad Yusoff, 26 atau lebih mesra disapa Along.

Angkara kecu4ian rakannya, Along kini terpaksa bergantung kepada penggunaan beg stoma selepas ususnya b0cor dalam kem4langan itu. Along yang tertidur ketika kemalangan yang hampir mer4gut nyawanya itu turut p4tah tulang p!nggul selain paru-paru b0cor akibat tertu suk tulang rusuk yang pa4tah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, kenderaannya yang r3muk t3ruk dalam n4has itu gagal dalam tuntutan insurans dan diisyhtiharkan ‘total loss’. Along yang menjadi ‘dahan’ keluarganya bergantung, terl4ntar lebih enam bulan selepas kemal4ngan dan hilang punca pendapatan.

Along menunjukkan gambar keadaan keretanya yang remuk teruk dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Keadaan ini memaksa ibunya Haliza Sahari, 48, bekerja sebagai pengemas bilik resort dengan gaji RM50 sehari; berulang alik menunggang motosikal sejauh 34km setiap hari dari Ketari ke Janda Baik, semata-mata demi menampung kos beg stoma dan ubatnya.

Tertekan dengan keadaan diri yang terl4ntar ditambah tiada punca pendapatan, Along yang buntu memikirkan cara mengumpul wang untuk membeli beg stoma, mengambil keputusan menjual bangkai keretanya di kedai besi buruk dengan harga RM260.

Dia juga berhutang dengan wakil rakyat hampir RM20,000 untuk menampung keperluan membeli beg stoma yang menelan belanja RM1,000 sebulan. Along menunjukkan beg stoma yang berharga RM11.90 sekeping dan beliau memerlukan RM1000 setiap bulan untuk beg ini.

1
2