“Masyallah..Indah Ya Suasana Begini, Bilakah Masjid2 Dan Surau Boleh Begini” – Zul Yahya – beritasaatini

beritasaatini.online –

Hasrat dan impian pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor serta Haris Ismail atau dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz untuk mendirikan rumah tangga akhirnya terlaksana pada pagi Sabtu.

Diraikan dalam suasana penuh romantis dengan dekorasi bunga putih, diiringi alunan zikir dan lagu-lagu nasyid, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi.

Pada majlis itu, ijab kabul telah disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor yang juga menjadi wakil wali bapa mereka, Mohd Noor.

Hadir sama pada acara pernikahan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris; Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

Netizan tegur pasal SOP

Dalam pada itu, ada di kalangan netizan menunjukkan beberapa keping gambar yang ti.ada jarak sosi4l ketika majlis berlangsung.

Berikut beberapa komen dari netizan mengenai SOP majlis terbabit.

Pelakon Zul Yahya juga melahirkan perkara yang sama di laman facebook beliau.

1
2