Anak Menantu Jual Kereta Kesayangan Mak Ayah Sampai Cetvs ‘Drama Air Mata’.Hakikatnya Mereka Gantikan Dengan kereta Mercedes-Benz Baru


Anak Menantu Jual Kereta Kesayangan Mak Ayah Sampai Cetvs ‘Drama Air Mata’.Hakikatnya Mereka Gantikan Dengan kereta Mercedes-Benz Baru

COMEL melihat aks1 seorang lelaki warga emas yang berjubah dan berkopiah putih yang menvtup kedua-dua mata dengan tangannya. Isterinya yang turut mengiring memegang tangan kanan lelaki itu sambil berjalan ke luar rumah dalam keadaan terp1nga-p1nga sebelum bertukar ceria.

Manakan tidak, pasangan itu dikejvtkan dengan hadiah sebuah kereta mewah Mercedes-Benz dan momen itu dikongsikan oleh menantu perempuan mereka di aplikasi TikTok. Menantu berkenaan, Hafizatul Atikah Mohd Fauzi memberitahu, kejvtan itu dibuat untuk ibu bapa mentuanya pada awal bulan ini, tetapi video tersebut baru dimuat naik pada Jumaat.

Ibu mentua sed1h kereta lama yang banyak berjasa terp4ksa dijual.

Wanita berusia 31 tahun itu berkata, kejvtan hadiah kereta Mercedes-Benz model E 300 dibuat ketika itu ibu bapa mentuanya masing-masing berusia 73 dan 61 tahun datang ke rumahnya di Jerantut, Pahang. “Ayah dan mak mentua saya sebelum ini ada kereta Mercedes-Benz lama yang dipakai selama hampir 20 tahun. Kereta tu banyak berjasa terutama ketika berniaga dahulu.

“Tapi kereta tu dah uzvr sangat, sampaikan rosak berkali-kali dan dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Jadi, anak-anak bincang adalah lebih baik kereta tu dijual,” katanya kepada mStar sambil menambah suaminya yang berusia 33 tahun merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Ibu mentua Atikah (kiri) melakukan pandu uji kereta baharu, bersama ibu kandung (kanan). Turut serta adalah anaknya. Lebih mesra disapa Atikah, katanya, dia bersyukur kerana urusan jualan kereta lama itu berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan.

Mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu, dia mengakui kereta tersebut mempunyai nilai sentiment4l kepada ibu bapa mentuanya sehingga mengvndang seb4k pasangan itu apabila ia dijual. “Bila kereta lama dijual, paling terkes4n adalah ibu mentua saya yang dulu berniaga di kantin sekolah, sehingga dia bergambar dengan kereta lama tu di bengkel dan kemudian letak emoji sed1h.

“Kami anak-anak bukan saja-saja jual kereta lama ayah tu, tapi sebaliknya menggantikannya dengan kereta model baharu sebagai hadiah bagi memb4las jasa mereka,” ujarnya sambil menambah ibu bapa mentuanya turut tinggal berdekatan di Jerantut.

Ibu bapa mentua Atikah ketika menunaikan umrah.

Mengulas lanjut, Atikah berkata, ketika mula-mula mengusahakan bisnes produk kosmetik pada 2016, dia dan suami pernah ditipu oleh ejen sehingga kerug1an RM60,000. “Tapi kami bangk1t semula dengan doa dan sokongan keluarga saya termasuk ibu bapa mentua. Dan masa mula-mula kahwin, kami tinggal di rumah ibu bapa mentua.

“Masa permulaan bisnes, kami tak ada stok simpanan barang sampaikan rumah ibu bapa mentua bersepah dengan barang-barang dan parcel kami. Saya dan suami serb4-sal4h masa tu,” ujarnya. Namun katanya, per1stiwa ibu bapa mentuanya menunaikan umrah di tanah suci Makkah pada 2019 men1nggalkan kes4n mendalam kepada dirinya.

Atikah (berdiri, kanan) bersama suami dan anak-anak.

“Saya masih ingat ibu mentua saya beritahu saya yang dia doakan kami dekat pancur emas (mizab) depan Kaabah, semoga saya dan suami diberi kesejahteraan dan berjaya dalam perniagaan. Alhamdulillah, bisnes kami terus berkembang hingga sekarang. Bagi berkongsi rezeki, saya dan suami memb4las jasa dengan menggembirakan mereka,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link