Muka Ditumbuhi Biji2, Wanita Tetap Cantik Dan ‘Confident’ Walau Hidap Masalah Kulit


Muka Ditumbuhi Biji2, Wanita Tetap Cantik Dan ‘Confident’ Walau Hidap Masalah Kulit

Lumrah setiap wanita mahu terlihat cantik apabila berhadapan dengan umum. Tak salah rasanya untuk menjaga kesihatan wajah agar nampak lebih sihat dan ceria disamping memberi keyakinan dalam berketrampilan. Namun begitu, masalah kulit di wajah sering kali menjadi perkara yang amat membimbangkan buat wanita. Hal ini kadang kala boleh mengurangkan keyakinan dalam berkomunikasi dengan orang lain.

Masih confident walau ada masalah kulit

Akan tetapi itu bukan bermakna perlu meratapi masalah tersebut secara berpanjangan. Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @syahqirah1226, dia tetap confident walaupun wajahnya mengalami masalah kulit yang agak t3ruk.

https://www.tiktok.com/tag/tiktokanaksabahan%F0%9F%A5%B0%F0%9F%A5%B0%F0%9F%A5%B0%F0%9F%A5%B0?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6942006399610178818&refer=embed

Jawab pertanyaan2 netizen

Dalam perkongsian video-videonya di TikTok, ada beberapa netizen yang ‘ambil berat’ dengan kondisi wajah wanita itu dan bertanya mengenai masalah yang dihadapi. Oleh sebab itu, @syahqirah1226 ada memaklumkan ‘biji-biji’ yang terdapat dimukanya sudah dialami sejak kecil lagi dan bukan disebabkan produk kecantikkan ataupun sebagainya.

Tetap bersyukur dengan apa yang diberi

Dia juga mengakui sudah pergi ke hospital untuk mendapatkan penjelasan pakar namun masih belum mengetahui penyakit yang dihidapinya. Dalam penjelasan itu juga, wanita berusia 27 tahun itu tetap bersyukur dengan kurniaan wajah yang diberikan dan menerima dengan hati terbuka rezeki yang diberi oleh Allah S.WT.

Ada yang kata sebab keturunan

Sehubungan dengan perkongsian wanita tersebut di aplikasi TikTok, dia telah mendapat pelbagai komen daripada warganet. Rata-rata memuji sikap bersyukur yang dizahirkan oleh @syahqirah1226 dan keyakinannya sehingga terlihat cantik walaupun mempunyai masalah kulit. Ada juga memaklumkan bahawa ‘biji-biji’ dimuka wanita itu berkemungkinan disebabkan p3nyakit genetik kerana ada juga daripada warganet yang mengalami masalah yang sama.

Syukur sihat tubuh badan

Sumpah salute! Malu sebab diri tak bersyukur

Terus semangat tau dik!

Tetap nampak cantik bila senyum

Sumber: @syahqirah1226

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link