Menghitung Hari Untuk Diijabkabulkan. Ustaz Don Doakan Neelofa Jadi Isteri Solehah


Menghitung Hari Untuk Diijabkabulkan. Ustaz Don Doakan Neelofa Jadi Isteri Solehah

Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal mendoakan kebahagiaan pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang dikatakan sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan. Don berharap Neelofa akan menjadi isteri solehah selain turut menitipkan pesanan kepada Riz supaya menjaga bakal isterinya itu.

“Buat Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang supaya disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik. Semoga Neelofa menjadi isteri solehah. Dan kepada Riz jaga perhiasan dunia yang baik yang Allah berikan ini,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.

a person standing in front of a group of people posing for the camera: Ustaz Don doakan Neelofa jadi isteri solehah.

Difahamkan Don bertemu bekas pengacara MeleTOP itu untuk sesi rakaman program berjudul NtoN yang bakal ditayangkan Ramadan ini di saluran Astro Oasis. Sehingga kini Neelofa terus membisu dan bermain teka-teki mengenai gosip dia dan Riz bakal melangsungkan pernikahan Sabtu ini.

Sumber:hmetro

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih



Source link