Usaha Murni Di Sebalik Covid-19,  Budak Perempuan 12 Tahun Buka Kelas Di Jalanan Kerana Sekolah Ditutup

Usaha Murni Di Sebalik Covid-19,  Budak Perempuan 12 Tahun Buka Kelas Di Jalanan Kerana Sekolah Ditutup

Penularan pandemik Covid-19 yang melanda di seantero dunia bukan sahaja menjejaskan kesihatan orang ramai dan sektor ekonomi, malah ia turut menyebabkan sesi pembelajaran di sekolah tergendala. Impaknya, para pelajar terpaksa menghadiri kelas secara dalam talian (online) menggunakan telefon pintar, laptop ataupun peranti moden. Namun begitu, tidak bagi negara atau wilayah yang ‘serba kekurangan’.

cikgu dunia

Penutupan operasi sekolah secara tidak langsung mengakibatkan pelajar terkapai-kapai dan hanya menghabiskan masa dengan bermain. Inilah yang berlaku di wilayah Dakahlia, Mesir sehingga mendorong seorang kanak-kanak perempuan bernama Reem El-Khouly memikul tanggungjawab sebagai guru.

cikgu dunia

USAHA murni Reem turut mendapat perhatian syarikat tempatan sehingga ada yang bermurah hati menyumbangkan papan putih dan pen marker. Menurut laporan hindustantimes.com, enggan membiarkan anak-anak di perkampungan Atmidah ketinggalan dalam pelajaran, Reem berusia 12 tahun mengambil inisiatif menawarkan khidmat mengajar.

cikgu dunia

Dimaklumkan, kanak-kanak perempuan terbabit sanggup membuka kelas bertempat di tepi jalan kawasan kejiranan itu setiap hari yang dihadiri kira-kira 30 murid berusia 12 tahun ke bawah. “Saya berpendapat daripada membiarkan mereka (murid) bermain sahaja di jalan, maka lebih baik saya mengajar.

“Setiap hari selepas bangun dan solat saya segera memanggil mereka untuk memulakan kelas Bahasa Arab, Matematik, subjek agama dan Bahasa Inggeris,” katanya seperti dipetik laporan hindustantimes.com baru-baru ini. Pada peringkat awal Reem mengajar menggunakan buku nota sebelum bertukar kepada papan hitam dan kapur. Pun begitu, beliau kini telah beralih pada papan putih dan pen marker sumbangan syarikat tempatan.

1
2