Jari sudah berinai, Neelofa dan PU Riz masih kunci mulut

Hiburan –

Masih berteka-teki tentang tarikh majlis pernikahan, Neelofa, 32, hari ini sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila jarinya kelihatan sudah merah berinai.

Perkara tersebut dapat dilihat secara jelas dalam satu perkongsian InstaStorynya hari ini yang memaparkan Neelofa sedang mempromosikan satu produk jenamanya.

Dalam video tersebut, inai pada jari tangan kirinya saling tak tumpah seperti ina sering dipakai oleh bakal raja sehari.

Dalam foto-fotonya sebelum ini, dia hanya dilihat memakai inai pada bahagian kuku sahaja.

Malah, malam tadi tular beberapa keping gambar rakan-rakan karibnya berada di kediaman bekas pengacara MeleTOP itu dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.

Berdasarkan komen-komen netizen, difahamkan berlangsung majlis berinai yang diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Sehingga kini, Neelofa, Haris, 26, mahupun ahli keluarga kedua belah pihak masih mengunci mulut mengenai majlis yang dinanti ramai itu.

Semalam, Kosmo! melaporkan Neelofa memuat naik tiga bacaan doa dalam Instagramnya memohon agar segala urusannya dipermudahkan.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.

Foto tersebut menguatkan lagi spekulasi dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung minggu ini.

Sehingga kini, Neelofa mahupun tunangnya, Haris Ismail serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak masih mengunci mulut tentang perkara tersebut.

Sejak awal minggu ini, nama pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu menjadi topik bualan hangat netizen selepas ramai yang mendakwa dia bakal menamatkan zaman bujang dalam sehari dua ini.

Antara tarikh yang disebut ialah hari ini hingga 27 Mac ini iaitu Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Lebih menguatkan khabar angin apabila foto Haris sedang membelek samping songket di sebuah butik turut tersebar luas dalam media sosial.

Untuk rekod, bekas juara Dewi Remaja 2009/2010 itu bertunang dengan Haris yang merupakan bekas peserta program Pencetus Ummah pada 1 November tahun lalu.

Bagaimanapun, pada akhir tahun lalu, hubungan pasangan tersebut dikatakan bermasalah selepas ahli keluarga Neelofa memuat naik pelbagai hantaran berbaur perli dipercayai ditujukan kepada Haris.

Hujung Januari lalu, Neelofa dalam satu sidang media maya tampil menjelaskan, hubungannya dengan Haris baik-baik sahaja.

Pada masa sama, dia turut mengakui impian perkahwinannya musnah akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih diteruskan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE





Source link