Eina Azman hadiahkan pembantu rumah rantai emas sempena hari jadi

Hiburan –

Pelakon Datin Paduka Eina Azman menghadiahkan sekalung rantai emas sempena ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya sebagai tanda menghargai jasanya.

Menerusi entri itu, Eina turut mengucapkan terima kasih buat pembantu rumahnya bernama Mega itu yang banyak membantu meringankan kerja-kerjanya.

“Terima kasih sebab banyak membantu meringankan segala kerja-kerja saya di rumah. Saya hargai sangat.

“Kamu nak rantai baru kan ni saya hadiahkan untuk kamu buat kali kedua sebab yang pertama tu dia ganas sangat sampai terputus. Kami semua sayang kamu Mega,” katanya.

Difahamkan, ia merupakan sambutan hari jadi terakhir buat wanita itu sebelum pulang ke kampung halamannya.

1
2