Masya Allah, Sweetnya! Patutlah Kebahagiaan Rumah Tangganya Dicemburu1, Begini Cara Ustaz Ebit Lew hargai isterinya

Masya Allah, Sweetnya! Patutlah Kebahagiaan Rumah Tangganya Dicemburu1, Begini Cara Ustaz Ebit Lew hargai isterinya

Selamat hari wanita sedunia. Rasulullah ﷺ setiap hari memuliakan dan menyayangi wanita. Mari kita hargai wanita kurnia Allah dalam hidup ini setiap hari dalam hidup kita. Tadi terus call kedai bunga minta buatkan bunga paling cantik indah buat bidadari tercinta. Sampai rumah terus beri pada bidadari. I love u sayang.

Ya Allah abang. Kenapa susah-susah..i love u sayang..

Kata-kata isteri saya yang suka nak ingat dan amat saya hargai…ia membuat saya menangis dan jatuh cinta. Tiada wajah tercantik melainkan dari hati yang ikhlas. Tiada perkataan lebih indah dari ikhlasnya mencintai..

Isteri sumber ketenangan…

Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..

Isteri sumber kekuatan jiwa…

Saat lain waktu berduka .. Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil..

Saat terlalu penat dengan wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah…semua penat, hilang… Saat hening malam…Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita.

Isteri sentiasa mengingatkan bersyukur kepada Allah…

1
2