Hubungan 9 Tahun Berakhir. Wanita Bersanding Sendirian Selepas Teman LeIaki Kahwin Orang Lain

Hubungan 9 Tahun Berakhir. Wanita Bersanding Sendirian Selepas Teman LeIaki Kahwin Orang Lain

” Saya dengan dia dah rancang untuk kahwin. Tapi nak buat macam mana, tiada jodoh.” Itu luahan seorang gadis, Nurul Nazira Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa Zizie yang terkejut menerima berita teman lelakinya baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu.

Dah rancang untuk kahwin

Menurit Zizie, dia reda hubungan selama sembilan tahun bersama kekasih hatinya berakhir begitu sahaja. ” Kami berpisah pada Februari lalu. Masa tu kami sekadar senyap dan bawa haluan masing-masing. Saya memang tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kawan maklumkan dia dah kahwin. Saya reda dan cuba bersangka baik, mungkin tuhan nak bagi yang terbaik.

” Sebab dah sembilan tahun, memang terlampau sayang. Tak ada istilah nak main-main, betul-betul fokus nak ke pelamin. Zizie sudah sembilan tahun berkenalan dengan jejaka itu sebelum hubungan putus pada Februari lalu. ” Tipulah kalau kata tak sedih. Cuma saya nak cari kekuatan diri balik. Kita sedaya upaya nak dekatkan pun, tetap tak boleh lawan perancangan tuhan,” ujarnya kepada mStar.

Menurut model sambilan berusia 20-an dari Tumpat, Kelantan itu, dia juga tidak menyangka video berkenaan kisah duka itu yang dikongsi akan meraih sehingga lebih 200,000 tontonan. Dalam video tular itu, ia memaparkan Zizie yang sedang memukul punching bag sehingga terduduk, seolah-olah sedang melepaskan segala rasa yang terbuku di jiwa.

Dalam video sama, Zizie turut membakar beberapa objek yang menjadi kenangan antara mereka seperti anak patung beruang dan kad ucapan. ” Sebenarnya punching bag tu dekat rumah saya. Dan ia juga bukanlah video baharu. Cuma bila berlaku macam ni, saya gabungkan semua video-video yang ada untuk dikongsi di TikTok.

” Biasanya sebelum ini saya guna punching bag untuk lepaskan rasa yang terbuku. Lain orang lain caranya. Pada saya, bila pukul tu, saya rasa seolah-olah dah buang semua masalah.  Bila dah pukul punching bag, rasa jatuh beban… rasa ringan. Ada video lama, ada video baru dan saya gabungkan semua jadi satu video.

” Ada beberapa barang kenangan tu, saya b4kar. Sebab dia pun dah kahwin, dah jadi milik orang… barang-barang kenangan yang berkait, saya b4kar. Video tu juga nak tunjuk perjalanan bagaimana saya gembira pada awalnya, kemudian sedih dengan 1001 masalah dan saya bangkit semula,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zizie juga sempat membuat photoshoot bersendirian dalam busana pengantin selepas mendapat tahu berita mengenai bekas teman lelakinya tempoh hari. Kata Zizie, ia sekadar simbolik untuk melengkapkan janji yang sudah dilafaz, biarpun sekadar dirinya ‘bersanding’ sendirian.

1
2