Netizen Doa Agar Cepat Sembuh. Tunku Azizah Masuk Wad, Kaki Terc3dera Sampai Berbalut


Netizen Doa Agar Cepat Sembuh. Tunku Azizah Masuk Wad, Kaki Terc3dera Sampai Berbalut

Beruntung negara kita mempunyai raja permaisuri agong yang begitu berjiwa rakyat orangnya, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Boleh dikatakan, pasti ada sahaja cerita-cerita yang dikongsikan di laman Instagramnya setiap hari secara terbuka untuk tatapan rakyat jelata.

Namun keceriaan Baginda Tunku Azizah kali ini seakan ‘terganggu’ sedikit apabila berlaku satu insiden kec3deraan yang dialaminya baru-baru ini. Berdasarkan satu perkongsian ringkas di Instagramnya hari ini, Baginda Tunku Azizah memuat naik beberapa foto kakinya yang terc3dera, dengan kapsyen ringkas ”Golf punya pasal…”.

Berikut adalah foto-foto yang dikongsikan Baginda Tunku Azizah dalam hantaran tersebut.

Hantaran ringkas itu mendapat perhatian rakyat jelata hingga menerima kira-kira lebih 20,000 ‘likes’, bagaimanapun Baginda Tunku Azizah tidak menyatakan sebarang sebab kenapa insiden itu terjadi.

Rata-rata rakyat jelata menitipkan kata-kata semangat dan doa buat Baginda Tunku Azizah agar diberikan kesembuhan dengan segera. Semoga Baginda Tunku Azizah diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan. Ameen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber



Source link