Graduan Ini Pakai Jubah, Singgah Di Pus4ra Mama Dan Ayahnya Sebelum Majlis Bermula

Graduan Ini Pakai Jubah, Singgah Di Pus4ra Mama Dan Ayahnya Sebelum Majlis Bermula

‘Iqa konvo hari ini’… Graduan ini sanggup pakai jubah, singgah di pusar4 mama dan ayahnya sebelum majlis. Ibu dan bapa antara insan yang paling gembira apabila anaknya berjaya menjejakkan kaki di menara gading selain menamatkan pengajian mereka.

Graduan Ini Sanggup Pakai Jubah, Singgah Di Pus4ra Mama Dan Ayahnya Sebelum Majlis Bermula.

Namun buat mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Melaka ini menerima Anugerah Naib Canselor (ANC), hanya mampu menyambut hari pengijazahan bersama-sama abang, datuk, nenek serta ibu saudaranya selepas kehilangan ibu ayahnya.

Buat Nur Haziqah Shapie, 22, berkata, dia kehilangan ibunya, Salina Adam, pada tahun 2016 ketika berada di semester pertama yang menyebabkan dirinya hilang semangat. Anak bongsu dari dua beradik ini menambah, pada waktu itu, dia sedang menunggu keputusan peperiksaan dan mahu menunjukkan ia kepada ibunya.

“Saya memang tak sabar nak tunjuk pada mama kerana sudah buat yang terbaik sepanjang semester pertama. Tapi… ALLAH lebih sayangkan mama. ALLAH minta pinjamanNya dipulangkan sebelum sempat melihat keputusan peperiksaaan saya pada ketika itu,” katanya.

Nur Haziqah berkata, pada awal pemergian ibunya, dia menyedari bahawa dirinya kehilangan ‘perisai’ yang berharga iaitu doa dan keberkatan seorang ibu. Dia yang semakin hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya sehinggakan memberitahu ayahnya,Shapie Mohd Saru, untuk berhenti belajar atau menangguhkan pengajiannya buat sementara waktu.

Pada ketika itu, katanya, dia sangat bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang banyak memberi sokongan kepada dirinya selain kawan-kawannya agar meneruskan pengajiannya. “Ayah selalu cakap pada diri saya untuk menghabiskan pengajian selain arw4h mama juga mahu lihat saya konvo bila tiba masanya.

“Arw4h ayah juga menambah kalau mama tak dapat tengok sekurang-kurangnya, dia boleh tengok anaknya konvo,” katanya. Disebabkan itu juga membuatkan Nur Haziqah meneruskan pengajian selain menetapkan niat baru yang mahu membanggakan ayahnya.

Nur Haziqah menerima Anugerah Naib Canselor dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Melaka baru-baru ini. Anak kelahiran Johor yang kini menetap di Melaka berkata, walaupun sudah ketiadaan ibu, tetapi dia masih ada ayah untuk dibanggakan selain melihatnya ketika majlis konvoksyen nanti.

1
2