Ibu Dip0tong Kedua-Dua Kaki Sempat Beri Hint Sebelum Menghadap Ilahi, Anak Terkilan Video Kejut Mak Tak Bangun Jadi Realiti

Ibu Dip0tong Kedua-Dua Kaki Sempat Beri Hint Sebelum Menghadap Ilahi, Anak Terkilan Video Kejut Mak Tak Bangun Jadi Realiti

Seb4kNYA, boleh menitik air mata menonton video yang dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok. Video berdurasi 51 saat itu menunjukkan wanita itu secara bergurau mengejutkan ibunya yang sedang terl4ntar di katil di w4d sebuah h0sp1tal.

“Waktu ni walau macam gurau-gurau suruh mak bangun sebab tahu mak tidur, tapi dalam fikiran dah fikir bukan-bukan. Macam mana kalau satu hari nanti memang kejut mak, tak bangun dah. Ye dah lalui dan ia telah berlalu tiga tahun lepas,” tulisnya menerusi keterangan video tersebut.

Aisyah (kanan) bersama ibunya.

Wanita berkenaan, Nurul Aisyah Az Zahra Shamsuddin berkata, ibunya men1nggal dunia akib4t s4kit buah pinggang dan kencing manis pada 18 Mac 2018, ketika usianya 58 tahun. Lebih mesra disapa Aisyah, dia menjelaskan bahawa video yang dikongsi di TikTok itu sebenarnya dirakam selepas ibunya menjalani pembed4han pertama bagi mem0tong kaki kanan, pada Februari 2018.

“Ketika itu mak direhatkan selepas pemb3dahan, dan saya temankan mak di h0sp1tal. Mak kemudian menjalani pembed4han kedua sebulan kemudian, bagi mem0tong kaki kirinya. Selepas pembed4han kedua, mak hanya sempat bertahan selama lapan hari sebelum menghembuskan nafas terakhir pada lewat petang,” katanya kepada mStar.

Aisyah yang berusia 27 tahun berkata, ketabahan ibunya tanpa kedua-dua kaki membuatkan dia bertindak di luar jangka dengan bertanya sejauh mana kes4kitan yang dialami. “Saya tanya mak berkali-kali, kaki mak s4kit tak? Sedangkan saya tahu jawapan tu memang s4kit. Saya pun tak tahu kenapa saya tanya mak sampai macam tu sekali. “Mungkin mak ni kuat orangnya, jadi tak nampak dia rasa s4kit. Tapi saya pula terkesan dengan kesan luk4 mak selepas pembed4han,” ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Ibu Aisyah mencari rezeki dengan mengambil upah menjahit telekung.

Mengulas lanjut, anak ketiga daripada empat adik-beradik itu memberitahu, kedua-dua kaki ibunya itu banyak berjasa dalam membesarkan mereka sekeluarga terutama selepas bapanya men1nggal dunia pada 2008. “Mak sebelum ini mengambil upah sebagai tukang jahit telekung. Mak bagaimanapun terpaksa berhenti atas nasihat doktor bagi mengelakkan kesihatan terjejas, pada 2014.

“Saya tangguhkan pengajian di universiti sebanyak dua kali dalam tempoh setahun bagi membolehkan saya menjaga mak yang s4kit. Tapi saya terpaksa berhenti belajar selepas tidak dapat menangguhkannya lagi,” katanya. Walau apa pun yang berlaku di mana kita mungkin penat atau merungut menjaga mak ayah, tapi jangan sesekali sia-siakan mereka

1
2